Sunday 16 October 2022

Pasukan Jurnalis Muda SK Likas bergabung bersama Scout Journalist menjalankan pendokumentasian di JOTAJOTI Pengakap Stesen Negeri Sabah 2022.

 


Pada 14 higga 16 Oktober 2022, Perseketuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) telah membuka stesen negeri untuk program Jambori Pengakap Dunia di Udara dan Internet yang bertempat di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah, Rumah B.P. Sembulan Kota Kinabalu.



Friday 14 October 2022

Bertugas di Majlis Penyerahan Lokar Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.


Majlis Penyerahan Lokar Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Disempurnakan oleh Tuan Haji Abidin Bin Marjan, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Sektor Pengurusan Sekolah pada 14 Oktober 2022. Majlis didakan di Dewan Bestari SK Likas Kota Kinabalu.



Tuesday 22 February 2022

Projek Keusahawanan - Photo Booth MAPEC 2022

 

7 - 22 Februari 2022 - Setelah terhenti setahun disebabkan pendemik yang melanda dunia, tahun ini Kru JM berkesempatan untuk meneruskan projek keusahawanan tahunan iaitu dengan menyediakan perkhidmatan Photo Booth kepada murid yang ingin mengabadikan kenangan sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang untuk tahun 2022.

Friday 21 January 2022

Membantu Proses Penyerahan Baki Peranti Pintar Sempena Penyerahan BAP 2022

 

21 Januari 2022 - Ahli Jurnalis Muda sekolah turut membantu melancarkan proses pengagihan Peranti Pintar yang belum dituntut oleh ibu bapa. Pengagihan dilakukan sempena hari penyerahan Bantuan Awal Persekolah (BAP) untuk tahun 2022. Peranti Pintar sekolah diselaras oleh Ustaz Azri.

Saturday 15 February 2020

Pendokumentasian dan Liputan Berita Majlis Pelancaran Tabung Surau Al-Falah SK Likas.

14 Februari 2020, Jumaat - Kru JM telah diberi tugas untuk membantu pihak sekolah melakukan pendokumentasian Majlis Pelancaran Tabung Surau Al-Falah SK Likas. Dalam masa yang sama, bakal ahli JM yang baharu direkrut diberi peluang untuk bersama-sama mengalami sendiri tugas sebagai seorang JM.






Saturday 1 February 2020

Liputan Hari Persaraan Tn. Hj. Mohammad Khasnan Guru Pemulihan Khas dan Inovasi SK Likas.

31 Januari 2020, Jumaat - Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Tn. Hj. Mohammad Khasnan atau lebih dikenali dengan gelaran Wak Nan berkhidmat sebagai seorang pendidik untuk tempoh lebih 30 tahun dan bersara wajib mulai hari ini. Kru Jurnalis Muda tidak ketinggalan untuk merakamkan detik-detik akhir bersama guru yang dikasihi ramai murid disekolah ini. Cerita lengkap berkaitan mjlis ini boleh diikuti di laman web rasmi SK Likas di sklikas.edu.my dan juga channel Youtube Jurnalis Muda SK Likas.


Friday 22 November 2019

Turut Sama Hadir Majlis Makan Malam Akhir Tahun SK Likas

Untuk menghargai jasa kru Jurnalis Muda tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah, mereka telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan Majlis Makan Malam Akhir Tahun Staff SK Likas yang diadakan di Hotel Ming Garden Kota Kinabalu pada 21 November 2019. Namun tidak semua ahli JM tahun 6 yang dapat hadir ke majlis tersebut atas sebab kekangan masa dan urusan masing-masing. Walaubagaimanapun, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua ahli JM, terutamanya JM tahun 6 yang telah memberikan pelbagai perkhidmatan dan sumbangan terbaik kepada sekolah. Semoga kecemerlangan ahli JM akan diteruskan dimasa akan datang, dan jangan lupa kembali untuk membantu sekolah. Kerana pengalaman dan kemahiran yang telah dipelajari selama menjadi ahli JM masih diperlukan pada bila-bila masa dan dimana jua berada.

Projek Keusahawanan - Photobooth Khas Majlis Penyerahan Sijil Pelajar Cemerlang Untuk Tahun 2019

22 Oktober hingga 11 November yang lalu, Kru Jurnalis Muda telah berjaya mengadakan Photobooth khas sempena Majlis Penyampaian Sijil Pelajar SK Likas untuk tahun 2019. Tujuan booth ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid serta ibu bapa SK Likas mengabdikan kenang-kenangan terutamanya kepada murid Tahun 6 yang bakal naik ke sekolah menengah. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh kru JM ialah gambar studio graduasi, gambar menerima sijil, gambar berukuran passport dan juga perkhidmatan salinan dokumen. Projek keusahawanan yang berjalan hampir sebulan telah memberikan pelbagai pengalaman pengurusan dan perniagaan kepada ahli JM. JM Super Senior (bekas JM sekolah) juga turut hadir membantu meyumbangkan kemahiran dan bersama-sama menjayakan projek keusahawanan ini yang diadakan setiap tahun.

Wednesday 20 November 2019

2019 (19 November) - JM Duta Kecil Sekolah ke Madrasah Darul Hikmah Kg. Likas.

19 November 2019, - 3 orang ahli Jurnalis Muda adalah antara murid yang telah dibawa mewakili murid SK Likas didalam program kunjungan persahabatan ke Madrasah Darul Hikmah Kg. Likas, Kota Kinabalu. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan antara sekolah-sekolah sekitar SK Likas agar dapat menjalinkan persafahaman serta perkongsian pintar antara kedua-dua buah sekolah.

Tuesday 12 November 2019

Perjumpaan Isnin - Mencuba Kemahiran Memanah di ODEC Universiti Malaysia Sabah

Seperti biasa, hari Isnin merupakan hari yang diperuntukan untuk aktiviti perjumpaan dan juga latihan untuk melatih ahli-ahlinya dengan pelbagai kemahiran. Kali ini JM berpeluang untuk mencuba kemahiran baharu iaitu aktiviti memanah. Aktiviti memanah ini telah diadakan di Pusat Kegiatan Luar (ODEC) Universiti Malaysia Sabah. Panduan dan kelengkapan memanah ini telah disediakan oleh Persatuan Memanah Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Tuesday 5 November 2019

Mempelajari Sejarah dan Pendokumentasian Bahan Sejarah Muzium Negeri Sabah

Muzium merupakan sebuah institusi yang banyak melakukan kerja-kerja pendokumentasian terutamanya pendokumentasian bahan dan artifak bersejarah supaya dapat dikongsi dan disampaikan kepada generasi seterusnya. Kali ini JM berkunjung ke Muzium Negeri Sabah bukan hanya bertujuan untuk membuat lawatan, tetapi juga untuk memerhati dan mempelajari sendiri bagaimana pendokumentasian dilakukan di muzium. Disamping itu, JM juga dapat mempelajari dan menghargai sejarah dan budaya di negeri ini sesuai untuk mengembangkan pengetahuan ahlinya dalam bidang penulisan.

Monday 21 October 2019

Berkhidmat di Perkhemahan JOTA JOTI Pengakap Negeri Sabah

Pada 18 hingg 20 Oktober 2019 yang lalu, kru Jurnalis Muda SK Likas telah dijemput untuk sama-sama bertugas di Perkhemahan Pengakap di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah sempena Jamboree on The Air (JOTA) dan Jamboree on The Internet (JOTI) yang disambut serentak oleh semua ahli pengakap seluruh dunia. Dalam perkhemahan ini, kru JM telah diberikan tugasan dibahagian pendokumentasian disamping menyumbangkan kemahiran dalam penyediaan alatan ICT dan juga kawalan PA System sepanjang program berjalan.


Sunday 20 October 2019

Berkhidmat di Majlis Penyampaian SIjil Prasekolah SK Likas

19 Oktober 2019, Sabtu - Jurnalis Muda telah berkhidmat dalam majlis Penyampaian Sijil Prasekolah SK Likas 2019. Dalam majlis ini, JM diminta untuk mengambil gambar majlis dan juga penerima sijil dan anugerah kecemerlangan. JM Super Senior juga turut hadir membantu didalam majlis ini. 

JM Berhubung Dengan Negara Luar Menggunakan Radio Berfrekuensi Tinggi.

19 Oktober 2019, Sabtu - Beberapa orang ahli Jurnalis Muda telah mempelajari cara berhubung dengan orang dari luar negara menggunakan radio. Sempena berlangsungnya Program Jamboree on The Air (JOTI) Pengakap Sedunia, Borneo Amateur Radio Club (BARC) Malaysia telah memberikan peluang dan pengalaman yang amat berharga kepada ahli pengakap sekitar Kota Kinabalu untuk belajar berhubug dengan negara luar menggunakan peralatan Radio Amateur. Kesempatan juga tidak dilepaskan oleh ahli Jurnalis Muda yang kebetulan dijemput bertugas di program yang sama bertempat di Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah. Taklimat dan tunjuk ajar etika berkomunikasi menggunakan radio telah disampaikan oleh Encik Timothy Kurin 9M6TK Setiausaha BARC.

Wednesday 16 October 2019

Sesi pengambaran rancangan khas Radio Television Malaysia (RTM)

15 Oktober 2019, - Wartawan daripada Radio Televisyen Malaysia telah hadir ke SK Likas untuk membuat liputan khas program menderma darah. Kesematan ini telah dimanfaatkan oleh kru Jurnalis Muda untuk mempelajari dan mengalami sendiri sesi pengambaran sebenar untuk tujuan siaran di televisyen.